Khamis, Julai 30, 2009

IMAGINASI



Fantasi Khayalan Ilusi Bayangan Angan-Angan

"Imaginasi mampu menjadi realiti"

Begitu hebat kuasa khayalan sehingga mampu menjadikan sesuatu sebagai kenyataan. Kebanyakan peralatan, kenderaan atau apa sahaja yang berada di sekeliling kita sekarang ini berpunca daripada fantasi, khayalan, ilusi, bayangan mahupun angan-angan.

Fantasi manusia senantiasa berada di luar jangka buktinya Superman di Amerika dengan kekuatan luar biasa dan mampu terbang laju di udara. Di Jepun, Ultraman seorang makhluk bertopeng dengan mentol merah di dada yang senantiasa mengenakan laser terhadap raksasa. Cicakman pula seorang adiwira lawak berbangsa Malaysia yang sedang mula mengukir nama di persada antarabangsa.
Ketika dahulu manusia berkhayal menjadi burung, hari ini mereka selalu berulang alik dengan kapal terbang, tatkala mereka berilusi seperti ikan, kini dengan kapal selam mereka telah mengembara di dasar lautan. Dahulu kala kita asyik berangan untuk ke angkasa, ketika ini manusia telah mula berfikir bagaimana untuk menawan cakerawala. Saat moyang kita selalu bermadah dengan membayangkan betapa bahagianya mereka jika bulan yang indah itu jatuh ke riba, hari ini kita tahu jika itu benar-benar terjadi ia adalah satu malapetaka. Cuba bayangkan bahawa saiz bulan adalah hampir sama dengan seluruh Tanah Afrika jika digulungkan.

NOVEL

AKRONIM

Akronim adalah sebuah singkatan yang menjadi sebuah kata tersendiri. Contoh yang paling mudah adalah Sekolah Menengah Kebangsaan menjadi SMK sahaja, Projek Lebuh Raya Utara Selatan menjadi PLUS.

GAMBAR

TANDA SOAL?

AKUISTIK

Akuistik

Ini adalah merupakan sebuah teknik yang menggunakan bunyi-bunyian atau muzik ketika melakukan ingatan.

NOTA

Bukan Nota Biasa

Nota yang baik atau yang tidak baik adalah bergantung kepada yang empunya nota tersebut. Ada orang beranggapan nota yang kemas dan bersih adalah mudah untuk diingati berbanding dengan nota yang sebaliknya. Nota pula mestilah ditulis dengan tulisan yang cantik, menarik dan tertarik untuk mata memandangnya. Tidak perlu! Tahukah anda nota terbahagi kepada dua jenis :

  1. Nota Biasa
  2. Nota Luar Biasa

Nota Biasa adalah nota yang anda tulis secara linear. Dalam erti kata yang lebih mudah adalah nota yang anda tulis satu persatu daripada atas ke bawah dengan mengikut urutan. Nota seperti ini sama seperti buku yang anda sedang baca sekarang ini. Biasanya ditulis dengan tulisan yang ejaannya penuh dan lengkap.