Nota yang baik atau yang tidak baik adalah bergantung kepada yang empunya nota tersebut. Ada orang beranggapan nota yang kemas dan bersih adalah mudah untuk diingati berbanding dengan nota yang sebaliknya. Nota pula mestilah ditulis dengan tulisan yang cantik, menarik dan tertarik untuk mata memandangnya. Tidak perlu! Tahukah anda nota terbahagi kepada dua jenis :
- Nota Biasa
- Nota Luar Biasa
Nota Biasa adalah nota yang anda tulis secara linear. Dalam erti kata yang lebih mudah adalah nota yang anda tulis satu persatu daripada atas ke bawah dengan mengikut urutan. Nota seperti ini sama seperti buku yang anda sedang baca sekarang ini. Biasanya ditulis dengan tulisan yang ejaannya penuh dan lengkap.