Selasa, Februari 02, 2010

Mengikut Professor Howard Gardner, manusia mempunyai 7 jenis kepintaran iaitu kepintaran bahasa (linguistic), kepintaran logik dan matematik, kepintaran muzik, kepintaran intrapersonal, kepintaran interpersonal, kepintaran tubuh badan atau kinestetik dan kepintaran ruang.

Kepintaran bahasa adalah merupakan sebuah kepintaran seseorang yang mampu untuk menguasai kemahiran bertutur di dalam pelbagai bahasa, loghat dan seumpamanya. Tidak ramai orang yang mampu untuk menguasai beberapa bahasa dengan begitu fasih.

Kepintaran logik matematik adalah kemampuan seseorang di dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan dan persoalan yang berkaitan dengan logik akal dan matematik dengan mudah.