Khamis, Julai 30, 2009

IMAGINASI



Fantasi Khayalan Ilusi Bayangan Angan-Angan

"Imaginasi mampu menjadi realiti"

Begitu hebat kuasa khayalan sehingga mampu menjadikan sesuatu sebagai kenyataan. Kebanyakan peralatan, kenderaan atau apa sahaja yang berada di sekeliling kita sekarang ini berpunca daripada fantasi, khayalan, ilusi, bayangan mahupun angan-angan.

Fantasi manusia senantiasa berada di luar jangka buktinya Superman di Amerika dengan kekuatan luar biasa dan mampu terbang laju di udara. Di Jepun, Ultraman seorang makhluk bertopeng dengan mentol merah di dada yang senantiasa mengenakan laser terhadap raksasa. Cicakman pula seorang adiwira lawak berbangsa Malaysia yang sedang mula mengukir nama di persada antarabangsa.
Ketika dahulu manusia berkhayal menjadi burung, hari ini mereka selalu berulang alik dengan kapal terbang, tatkala mereka berilusi seperti ikan, kini dengan kapal selam mereka telah mengembara di dasar lautan. Dahulu kala kita asyik berangan untuk ke angkasa, ketika ini manusia telah mula berfikir bagaimana untuk menawan cakerawala. Saat moyang kita selalu bermadah dengan membayangkan betapa bahagianya mereka jika bulan yang indah itu jatuh ke riba, hari ini kita tahu jika itu benar-benar terjadi ia adalah satu malapetaka. Cuba bayangkan bahawa saiz bulan adalah hampir sama dengan seluruh Tanah Afrika jika digulungkan.

NOVEL

AKRONIM

Akronim adalah sebuah singkatan yang menjadi sebuah kata tersendiri. Contoh yang paling mudah adalah Sekolah Menengah Kebangsaan menjadi SMK sahaja, Projek Lebuh Raya Utara Selatan menjadi PLUS.

GAMBAR

TANDA SOAL?

AKUISTIK

Akuistik

Ini adalah merupakan sebuah teknik yang menggunakan bunyi-bunyian atau muzik ketika melakukan ingatan.

NOTA

Bukan Nota Biasa

Nota yang baik atau yang tidak baik adalah bergantung kepada yang empunya nota tersebut. Ada orang beranggapan nota yang kemas dan bersih adalah mudah untuk diingati berbanding dengan nota yang sebaliknya. Nota pula mestilah ditulis dengan tulisan yang cantik, menarik dan tertarik untuk mata memandangnya. Tidak perlu! Tahukah anda nota terbahagi kepada dua jenis :

  1. Nota Biasa
  2. Nota Luar Biasa

Nota Biasa adalah nota yang anda tulis secara linear. Dalam erti kata yang lebih mudah adalah nota yang anda tulis satu persatu daripada atas ke bawah dengan mengikut urutan. Nota seperti ini sama seperti buku yang anda sedang baca sekarang ini. Biasanya ditulis dengan tulisan yang ejaannya penuh dan lengkap.

Isnin, Mei 05, 2008

Lagu Teknik INGATAN Kreatif

BAYANG SANA BAYANG SINI BUKAN BAYANG BIASA-BIASA
BAYANG BENDA GILA-GILA BAYANG BENDA KITA SUKA
BAYANG BENDA LUAR BIASA KITA SENDIRI PUN KETAWA
JANGAN BAYANG SX SAHAJA NANTI JERAWAT NAIK MUKA
c/o ASAL AKU TIDAK LUPA
ASAL AKU TIDAK LEKA
ASAL AKU INGAT SEMUA
ASAL AKU . . .
I N G A T A N
BUAT NOVEL BUAT CERITA BUKAN CERITA BIASA-BIASA
CERITA LAWAK GILA-GILA ORANG DENGAR PUN KETAWA
JANGAN PANJANG PENDEK SAHAJA MASUK AKSI LUAR BIASA
MASUK NAMA KAWAN KITA MASUK NAMA MUSUH KITA
ulang c/o
LUKIS GAMBAR SATU MUKA MUKA AKU MUKA DIA
BUAYA AKU HARIMAU DIA BENDA MATI BENDA NYAWA
CANTIK ATAU HODOH GILA MANA SATU YANG KAU SUKA
MANA SATU AMBIL SAHAJA ASAL KAU FAHAM MAKNA
ulang c/o
KEPALA HURUF POTONG-POTONG KEPALA HURUF KODONG-KODONG
KEPALA HURUF CANTUM-CANTUM KEPALA HURUF SAMBUNG-SAMBUNG
BUAT AYAT BINGUNG-BINGUNG AKAL WARAS JADI TONGONG
ORANG DENGAR PUN TERMENUNG KOREK HIDUNG KELUAR JAGUNG
ulang c/o
TANDA SANA TANDA SINI PAKAI WARNA BANYAK-BANYAK
GUNA AKAL GUNA OTAK JANGAN KAU MAIN LANYAK
NAMA ORANG NAMA TEMPAT TARIKH BUAT FAKTA DAPAT
BAHASA ASING KAU SEBAT FORMULA APA PUN KAU LIPAT
ulang c/o
BUAT AYAT AKU NYANYI LAGU AKU MASA KINI
TUKAR LIRIK SEDAP BUNYI JADI LAGU AKU SENDIRI
AKU NYANYI AKU HAPPY AKU NYANYI SAMPAI PAGI
SAMBIL AKU MINUM KOPI SAMBIL AKU TIDUR BERDIRI
ulang c/o
NOTA GILA NOTA BIASA APA SAHAJA YANG KAU SUKA
BOLEH CANTUM BOLEH SAMBUNG ASAL BACA JANGAN BINGUNG
BAYANG-BAYANG CERITA GAMBAR KEPALA HURUF TANDA SOAL
NYANYI-NYANYI TULIS NOTA LUKIS NOTA BACA NOTA

Khamis, April 24, 2008

Tentatif Program Teknik I N G A T A N Kreatif

0800 - 0930 am Imaginasi, Novel & Gambar

0930 - 1030 am Akronim

1030 - 1100 am Rehat

1100 - 1200 am Tanda & Akuistik

1200 - 0100 pm Nota